Monday 18 March 2013

DIA HANAFI-Guru Sejati

Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad
Berabad lama pusaka diwarisi
Meredah ranjau menangkis onak dan duri
Fitnah membuta tuli datang
Dari segenap kanan dan kiri
Sepertinya tidak akan mahu berhenti

Sesusuk tubuh kecil dengan hati berani
Pendirian tidak pernah goyah
Apatah lagi mengundur pergi
Lahirnya dia perwira bangsa sejati
Membawa ilmu yang bernilai tinggi

Diracuni akibat hasad dengki
Namun pada rabbi dia letakkan hati
Berjuang tidak pernah henti
Walau hampir memakan diri
Pusaka yang diwarisi tetap digenggami

Melangkah sendiri tidak pernah dia peduli
Rakan sendiri memungkiri janji
Tetap dia teruskan perjuangan
Walau dikhianati  anak muridnya sendiri

Tohmah dan caci mainan duniawi
Fitnah dan dengki dia semakin lali
Ilmu diwarisi kini semakin berbunga dan kembang berseri
Hikmahnya Dia berserah kepada Illahi

Dia Hanafi manusia berani
Dihambat seribu dengki dan iri hati
Sedikit pun Dia tidak peduli
Kerana...DIA HANAFI
Guru Sejati...