Wednesday 10 April 2013

Kekurangan Keistimewaan & Kesempurnaan

Dungu Itu Kita, Bijaksana Hanya DIA
Bodoh Itu Kita, Maha Tahu Hanya DIA

Insan Lahir Dengan Sifat Yang Indah..
Segala Yang Dikurniakan Oleh-Nya Sangat Sempurna
Berakal Serta Lengkap Panca Indera
Makhluk Ciptaan Paling IstimewA

Namun Adakah kesempurnaan itu menidakkan kekurangan manusia?
Yang Dungu Itu Manusia,
Yang Bodoh Itu Manusia,
Yang Cacat Itu Manusia,
Yang Gila Itu Manusia....

Fahamilah Kekurangan
Syukurilah Keistimewaan
Berwaspadalah Dengan Kesempurnaan..

Kurang itu sifat Makhluk-Nya,
Istimewa itu Ujian untuk Manusia,
Kesempurnaan Itu Hanya Sifat Sang PENCIPTA..

Saturday 6 April 2013

Santapan Rohani

"Koleksi Bahan Bacaan Terkini"

Buku hanya sebagai rujukan,
Guru jua pembimbing jalan,
Jangan ditimba tanpa amalan,
Kelak sesat tertutup haluan.

Monday 18 March 2013

DIA HANAFI-Guru Sejati

Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad
Berabad lama pusaka diwarisi
Meredah ranjau menangkis onak dan duri
Fitnah membuta tuli datang
Dari segenap kanan dan kiri
Sepertinya tidak akan mahu berhenti

Sesusuk tubuh kecil dengan hati berani
Pendirian tidak pernah goyah
Apatah lagi mengundur pergi
Lahirnya dia perwira bangsa sejati
Membawa ilmu yang bernilai tinggi

Diracuni akibat hasad dengki
Namun pada rabbi dia letakkan hati
Berjuang tidak pernah henti
Walau hampir memakan diri
Pusaka yang diwarisi tetap digenggami

Melangkah sendiri tidak pernah dia peduli
Rakan sendiri memungkiri janji
Tetap dia teruskan perjuangan
Walau dikhianati  anak muridnya sendiri

Tohmah dan caci mainan duniawi
Fitnah dan dengki dia semakin lali
Ilmu diwarisi kini semakin berbunga dan kembang berseri
Hikmahnya Dia berserah kepada Illahi

Dia Hanafi manusia berani
Dihambat seribu dengki dan iri hati
Sedikit pun Dia tidak peduli
Kerana...DIA HANAFI
Guru Sejati...