Sunday 27 January 2019

Begitulah Hidup



BEGITULAH HIDUP 

Hidup ini penuh rahsia
Hidup ini juga penuh tanda tanya
Jika hidup ini senang dilalui
Mungkin saat itu hanya suatu mimpi
Begitulah hidup....

Hidup kita memang telah ditakdirkan
Namun kita perlu ada perancangan
Walaupun hidup ini penuh dengan rintangan
Ikhtiar dan Doa adalah satu jalan
Begitulah hidup....

Hidup ini penuh dengan kejutan
Sama ada suka atau benci ianya sudah ditentukan
Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kekecewaan
Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kegembiraan
Begitulah hidup....

Bila kecewa dalam hidup, rasa putus asa menjelma diminda
Bila duka dalam hidup, rasa benci beraja dijiwa
Bila gembira dalam hidup, rasa alpa mula menerpa
Bila Bahagia dalam hidup, rasa syukur adalah jalan paling mulia


Begitulah hidup....

Posted:18.05.2011

Tuesday 23 January 2018

Kembali

Lama mendiam bukan mati
Hati terpendam ilham terus dinanti
Mengharap izin dan restu illahi
Agar jari ini dapat kembali beraksi

Aqal dan minda harus selari 
Meluah rasa bukan membuta tuli
Moga isi yang disebarkan nanti
Si pembaca turut merasai

Hidup bukan sekadar hidup
Hidup adalah tentang mati
Jangan takut tersalah hirup 
Andai sesat carilah jalan kembali

Segala yang ada pinjaman semata
Maka berkongsilah selagi mampu
Jangan sombong dengan kurnia
Kelak kembali kekasih menunggu

Wednesday 10 April 2013

Kekurangan Keistimewaan & Kesempurnaan

Dungu Itu Kita, Bijaksana Hanya DIA
Bodoh Itu Kita, Maha Tahu Hanya DIA

Insan Lahir Dengan Sifat Yang Indah..
Segala Yang Dikurniakan Oleh-Nya Sangat Sempurna
Berakal Serta Lengkap Panca Indera
Makhluk Ciptaan Paling IstimewA

Namun Adakah kesempurnaan itu menidakkan kekurangan manusia?
Yang Dungu Itu Manusia,
Yang Bodoh Itu Manusia,
Yang Cacat Itu Manusia,
Yang Gila Itu Manusia....

Fahamilah Kekurangan
Syukurilah Keistimewaan
Berwaspadalah Dengan Kesempurnaan..

Kurang itu sifat Makhluk-Nya,
Istimewa itu Ujian untuk Manusia,
Kesempurnaan Itu Hanya Sifat Sang PENCIPTA..

Saturday 6 April 2013

Santapan Rohani

"Koleksi Bahan Bacaan Terkini"

Buku hanya sebagai rujukan,
Guru jua pembimbing jalan,
Jangan ditimba tanpa amalan,
Kelak sesat tertutup haluan.

Monday 18 March 2013

DIA HANAFI-Guru Sejati

Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad
Berabad lama pusaka diwarisi
Meredah ranjau menangkis onak dan duri
Fitnah membuta tuli datang
Dari segenap kanan dan kiri
Sepertinya tidak akan mahu berhenti

Sesusuk tubuh kecil dengan hati berani
Pendirian tidak pernah goyah
Apatah lagi mengundur pergi
Lahirnya dia perwira bangsa sejati
Membawa ilmu yang bernilai tinggi

Diracuni akibat hasad dengki
Namun pada rabbi dia letakkan hati
Berjuang tidak pernah henti
Walau hampir memakan diri
Pusaka yang diwarisi tetap digenggami

Melangkah sendiri tidak pernah dia peduli
Rakan sendiri memungkiri janji
Tetap dia teruskan perjuangan
Walau dikhianati  anak muridnya sendiri

Tohmah dan caci mainan duniawi
Fitnah dan dengki dia semakin lali
Ilmu diwarisi kini semakin berbunga dan kembang berseri
Hikmahnya Dia berserah kepada Illahi

Dia Hanafi manusia berani
Dihambat seribu dengki dan iri hati
Sedikit pun Dia tidak peduli
Kerana...DIA HANAFI
Guru Sejati...


Tuesday 4 January 2011

HIDUP & MASA


















HIDUP & MASA


Hidup dan Masa..

Datang seiring
Pergi bersama..
Semakin cepat masa berlalu
semakin hampi..
Penghujung hidup bertemu

Demi masa...

Hargailah hidup kita

Monday 4 January 2010

KERJA

Bismillahirrahmanirrahim....















Suatu hari nanti..
kita pasti akan berhenti 
bekerja dengan manusia, 
Tetapi...
Tiada istilah berhenti 
bekerja dengan Allah.
Melainkan..
Perjuangan berakhir bersama..
nafas terakhir...